Kebahagiaan (Happiness)

Will smith dalam The Pursuit of Happiness. Adakah dia betul2 mencapai kebahagiaan yang sebenar di penghujung cerita?

Semalam aku baru sahaja selesai menonton sebuah filem bertajuk The Pursuit of Happiness. Malas nak cerita panjang pasal filem ni. Hangpa boleh google sendiri pon boleh.

Apa yang aku nak cerita adalah berkenaan pendapat aku berkenaan filem tersebut. Ianya adalah salah satu contoh filem yang menggambarkan bagaimana kesilapan sebahagiaan orang memahami konsep kebahagiaan. Kebahagiaan yang ditonjolkan di dalam filem tersebut hanyalah apabila kita telah memperoleh pekerjaan yang tetap dan pendapatan yang stabil.

Hal ini bukanlah salah menurut pandangan Islam. Namun, ianya cuma tidak menyeluruh.(Kenapa?) Kerana kebahagiaan tersebut hanyalah kebahagiaan di dunia sahaja sedangkan umat islam percaya kebahagiaan itu ada dua. Kebahagiaan di duina dan kebahagiaan di akhirat.

Islam menyatakan bahawa kebahagiaan itu tidak hanya di dunia tetapi ianya merangkumi akhirat. Bahkan itulah yang kekal abadi.

Oleh itu mengejar kebahagiaan dunia adalah tidak salah. (kenapa?) Kerana ianya juga merupakan salah satu elemen daripada kebahagiaan yang sbenar-benarnya.

Apa yang perlu dilakukan jika anda sekarang sudah terperangkap dalam mindset sebegitu adalah anda hanya perlu menambah satu lagi elemen dalam hidup anda iaitulah matlamat akhirat.

Kemudian, sedikit demi sedikit, anda perlu menjadikan ianya sebagai matlamat yang paling besar kerana ianya adalah yang kekal abadi berbanding dunia yang sementara malah akan binasa.

Ramai orang keliru dengan kebahagiaan yang sebenar

Leave a comment