Abdul Fattah Abu Ghuddah: Ulama’ Teliti

Abdul Fattah Abu Ghuddah: Ulama Teliti

“Syeikh Abdul Fattah sangat mengutamakan ilmu, sentiasa membaca, mentelaah atau menulis. Pena dan kertas sentiasa mendampinginya walau dalam bermusafir mahupun di waktu sakit. Beliau telah mengarang dan menamatkan sebahagian kitabnya dalam perjalanannya yang banyak, malah ada di antaranya ketika beliau sakit, 20 hari sebelum beliau kembali ke Rahmatullah.

Beliau juga amat sedikit tidur. Kedua-dua sifat ini menunjukkan beliau amat menjaga waktunya. Beliau juga tidak akan menyuruh kepada sesuatu melainkan beliau sendiri membuatnya, dan tidak akan melarang sesuatu perkara melainkan beliau sendiri meninggalkannya.”

Apa yang kita boleh teladani?

Mengenali Syeikh, melalui beberapa tulisannya, terutama Qimatuz Zaman Inda Ulama’, membuatkan semangat aku terus bergelora untuk menjadi sehebat ulama-ulama terdahulu. Dimana pahala mereka terus berjalan hasil karya-karya mereka yang terus dimanfaatkan oleh generasi kini.

Berdasarkan petikan ringkas di atas, dapat diambil beberapa teladan:

1. Sentiasa mengutamakan ilmu:
Sikap beliau yang sentiasa membaca, menelaah dan menulis membuatkan beliau secara sponta, akan membawa pen dan kertas kemana-mana sahaja beliau pergi.

Perkara ini tidak boleh dibuat-buat melainkan ianya akan dating dengan sendirinya selepas budaya dan kecintaan terhadap ilmu betul-betul ditanam dan disemai di dalam diri sehingga menjadi betul-betul sebati.

2. Kurang tidur semata-mata menjaga masa:
Perkara ini juga bukanlah boleh dibuat-buat. Sikap kurang tidur ini bukan lah suatu perkara yang boleh dilatih. Hal ini adalah disebabkan kurang tidur adalah terhasil selepas kita mempunyai himmah dan kesungguhan seperti ulama. Himmah inilah yang baru boleh dilatih. Selepas latihan yang bersungguh-sungguh inilah maka kesan daripada itu, sikap kurang tidur akan dating dengan sendirinya.

Oleh itu, mulakan dengan menyemai kesungguhan dan kecintaan pada ilmu terlebih dahulu. Tinggikan himmah dalam menuntut ilmu. Bagaimana caranya? Antaranya ialah dengan membaca kisah-kisah ulama terdahulu dalam menuntut ilmu dan menguruskan masa seperti buku Qimatuz zaman oleh Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah.

Sekian.

[mode: tidak berlapar, masih mencari motivasi, kenyang, focus kurang, hampir terjatuh dalam lubang yang sama]

Kisah Pelajar Cemerlang, Tips Pelajar Cemerlang, Pelajar Kini dan Pelajar Dahulu

Kredit dan Bacaan Lanjut:
http://pemudaiman.blogspot.my/2010/09/mengenali-syeikh-abd-fattah-abu-ghuddah.html
http://www.aboghodda.com/
http://wajahulama.blogspot.my/2009/09/syeikh-abdul-fattah-abu-ghuddah.html

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s