Ibnu Nafis: Apa Yang Boleh Kita Teladani?

Ibnu Nafis: Apa Yang Boleh Kita Teladani?

“Diriwayatkan bahawa Ibnu Nafis seorang yang tidak suka membuang masa. Apabila ingin menulis beliau akan memalingkan mukanya menghadap dinding, kemudian mula menulis daripada ilmu pengetahuannya tanpa merujuk apa-apa kitab.

Dikatakan beliau menulis laju seperti air yang mengalir. Apabila penselnya tumpul beliau akan mencampaknya ke suatu tempat khas kemudian mengambil pensel baru, oleh yang demikian beliau akan pastikan pensel-pensel yang telah diasah tersedia di atas mejanya sebelum memulakan penulisan kerana ditakuti masanya akan terbuang dengan mengasah pensel-pensel berkenaan.”

Apa yang kita boleh teladani daripada kisah diatas?

Kisah tersebut jelas menunjukkan bagaimana contoh pengurusan masa oleh seorang tokoh yang sehingga kini namanya masih menjadi sebutan. Berdasarkan kisah diatas, dapat diteladani beberapa perkara:

1. Tumpuan yang sepenuhnya terhadap pelajaran:
Kisah beliau memalingkan mukanya ke dinding, jelas menunjukkan bahawa beliau begitu bersungguh-sungguh untuk menumpukan perhatian terhadap ilmu semata-mata. Hal ini sangat berbeza dengan pelajar hari ini, yang tidak begitu bersungguh memberi perhatian.

Sepatutnya, pelajar kini, harus ada semangat seperti itu juga. Buang perkara selain daripada perkara-perkara yang bersifat keilmuan. Adakah kita sanggup off handphone, bersendirian dan beruzlah daripada kawan-kawan yang lain semata-mata demi untuk ilmu?

2. Latih pemikiran dan cabar pemikiran:
Beliau apabila menulis, langsung menulis semata-,ata tanpa merujuk kepada kitab- hal ini boleh difahami, bagaimana kekuatan pemikiran beliau di dalam mengingati ilmu-ilmu. Oleh itu kita harus berusaha mencapai tahap seperti itu. Sehongga apabila disebuit sesuatu perkara kita mampu menyebutnya tanpa merujuk kepada apa-apa kitab, maka ianya akan melatih dan menguji tahap pmikiran semasa kita. Sejauh mana dan sedalam mana daya intelek kita? Uji lah ianya dengan mengupas sesuatu perkara tanpa bergantung kepada mana-mana kitab melainkan kepada daya intgatan dan kefahaman pemikiran semasa kita semata-mata. Kemudian, barulah dinilai dan dibaca semula dan dibetulkan mana-mana fakta yang salah.

3. Penjagaan masa yang sangat ketat:
Menulis laju seperti air yang mengalir menggambarkan penjagaan masa beliau dan tidak berlengah-lengah. Ya, ianya juga menggambarkan bagaimana jernihnya pemikiran belaiu ketika mana menulsi sesuatu ilmu tersebut.

4. Perancangan hidup yang sangat teliti;
Mengasah pensel sebelum memulakan penulisan? Satu gambaran yang jelas bagaimana telitinya perancangan beliau di dalam menuntut ilmu dan meraih sebuah kefahaman. Demi semata-mata tumpuannya tidak lari, maka beliau sanggup untuk merancang seteliti mungkin maka jadilah beliau sebagaimana yang telah kita ketahui dan tercatat dalam sejarah:

“Ibnu Nafis adalah seorang doktor perubatan yang terkenal. Beliau juga adalah orang pertama yang menjumpai teori perjalanan darah pada kurun ketujuh Hijrah.”

Sekian.
[mode: tidak berlapar, masih mencari motivasi, kenyang, focus kurang, hampir terjatuh dalam lubang yang sama]

Kisah Pelajar Cemerlang, Tips Pelajar Cemerlang, Pelajar Kini dan Pelajar Dahulu

Kredit:
http://www.ibrah.hafism.com/kisah-ulama-menjaga-waktu-dan-ilmu/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s